KOTA BHARU 24 Jan : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan naziran ke atas syarikat pembungkus minyak masak di lokasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Objektif untuk memastikan minyak masak paket 1 kilogram bersubsidi dikeluarkan dengan maksimum mengikut kuota yang diperuntukkan dalam COSS.
Hasil naziran ke atas premis, pasukan telah mengeluarkan satu arahan mengemukakan maklumat dibawah Seksyen 8, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan maklumat berkaitan direkodkan untuk tindakan lanjut.