KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

————————————————————————————————————————————————-
KUALA TERENGGANU, 19 JANUARI 2023
————————————————————————————————————————————————-
Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu CIna 2023 Peringkat Negeri Terengganu telah dilaksanakan pada 18 Januari 2023 bersama pihak agensi kerajaan seperti PDRM, SUK, Bomba, APM, JPJ, Jab. Kesihatan dan lain-lain agensi termasuklah MKN Terengganu yang bertempat di Pesisir Payang (Pulau Warisan) Kuala Terengganu. Program ini dirasmikan oleh YB HAJI HANAFIAH BIN MAT,  EXCO KERAJAAN NEGERI TERENGGANU merangkap ADUN CUKAI. Dalam kempen tersebut, turut diagihkan topi keledar dan cenderahati kepada pengguna jalan raya. Matlamat utama kempen ini ialah memberikan kesedaran keselamatan di jalanraya dan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian akibat kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemanduan terutama pada musin sambutan Tahun Baharu Cina.

Kerajaan negeri akan terus memberikan penekanan yang serius terhadap langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya. Bersempena dengan sambutan perayaan kali ini, orang ramai dinasihatkan agar mengamalkan pemanduan berhemah, merancang perjalanan dengan sempurna bagi mengelakkan memandu dalam keadaan tergesa-gesa dan memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Undang-undang, penguatkuasaan serta penganjuran kempen kesedaran keselamatan jalan raya tidak akan memberikan makna dan kesan sekiranya pengguna jalan raya masih mengamalkan sikap tidak berhemah, tidak berdisiplin dan beretika semasa menggunakan jalan raya. Kita semestinya berusaha gigih untuk menangani masalah keselamatan jalan raya ini. Jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil, insiden kemalangan sudah pasti akan terus meningkat setiap tahun.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

KESELAMATAN DALAM NEGERI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …