GENG KECIK BATANG MERBAU TUMPAS

 

Tanah Merah: Tiga lelaki yang terbabit dalam kes kecurian motosikal yang dinamakan ‘Geng Kecik Batang Merbau’ ditahan polis menerusi tiga tangkapan berasingan.

Suspek pertama ditahan awal pagi 10 Januari lalu di tepi jalan di Kampung Air Laka, Batang Merbau di sini. Hasil pemeriksaan menjumpai beberapa peralatan disyaki untuk mencuri motosikal dan berdasarkan soal siasat, suspek berusia 27 tahun itu mengaku mencuri tiga motosikal di kawasan Tanah Merah dan Batang Merbau termasuk sebuah di Kuantan, Pahang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 378A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi motosikal dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil (AKK) atas kesalahan memiliki barang secara haram.

Dalam perkembangan lain, seramai 39 individu ditahan dalam operasi khas ‘War In Place’ dilancarkan selama tiga hari di gugusan Felda Kemahang.

35 adalah bersabit kes narkotik manakala selebihnya adalah kesalahan jenayah. Dalam operasi yang bermula kelmarin hingga hari ini, antara barangan yang dirampas ialah 20.4 kilogram (kg) daun ketum, 55.6 liter (l) air ketum, 231 biji pil kuda dan 100 ml kodein dengan nilai dianggarkan RM3,000. Empat suspek yang ditahan untuk kesalahan jenayah adalah berkait kes mendatangkan kecederaan serta curi kelapa sawit.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …