KOTA BHARU 18 Jan : YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDN Kelantan diiringi YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDN Negeri Kelantan telah membuat pemantauan melibatkan penandaan harga, pematuhan bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2023 di Pasaraya TF Value Mart Sdn Bhd, G-Orange Mall Shopping Centre, Tunjong Kota Bharu, Kelantan.
Objektif untuk menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan serta pematuhan skim yang dilaksanakan.
Kerajaan melaksanakan SHMMP TBC 2023 yang mula dikuatkuasakan mulai hari ini 15 Jan 2023 hingga 29 Jan 2023.
Untuk rekod tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari dan berkuat kuasa pada 7 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 7 hari selepas perayaan.
Sebanyak 5 jenis barangan termasuk dalam senarai barangan harga terkawal bagi SHMMP TBC 2023 adalah seperti berikut antaranya Kubis Bulat, Ubi Kentang, Bawang Putih, Ikan Bawal Putih, dan Udang Putih.
Tempoh pelaksanaan ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.
SHMMP TBC 2023 dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.