ISU KESELAMATAN MAKANAN DIBERI PERHATIAN

Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Haji Abdullah Haji Hashim telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Kota Setar bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, hari ini.

Perkara yang dibincangkan sepanjang mesyuarat bersidang adalah mengenai isu keselamatan semasa dan juga isu bekalan makanan yang semakin menjadi kebimbangan masyarakat.

Turut hadir dalam mesyuarat ini Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar YDH Supt. Mohd Asri Shafie, Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kedah, Lt (M) Zool Hilmi Mohd Nadzir dan Pegawai Penerangan Daerah.

Foto: Dato’ Haji Abdullah mempengerusikan Mesyuarat JKKD Kota Setar.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …