KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH SKMM NEGERI KEDAH

Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria telah menerima kunjungan hormat Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kedah, Encik Mazlan Othman di pejabat beliau hari ini.

Mengiringi delegasi daripada SKMM ini adalah Pengarah Pembangunan SKMM Negeri Kedah, Encik Azhar Abdul Rahman dan Pengarah Kawal Selia MCMC Negeri Kedah, Encik Mohd Faizal Azizan.

Dalam pertemuan ini, kedua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama strategik dan bersedia untuk berganding bahu dalam aspek keselamatan telekomunikasi, terutamanya ketika menghadapi bencana. Pihak SKMM Negeri Kedah juga turut komited untuk meluaskan liputan jaringan telekomunikasi di seluruh negeri Kedah.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid.

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …