NEGERI SEMBILAN CADANG WUJUD PERMIT KHAS PENGUSAHA TAPAK PERKHEMAHAN

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bercadang mewujudkan satu permit khas berkaitan keselamatan kepada pengusaha tapak perkhemahan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berkata, permit khas itu bagi memastikan tahap keselamatan di tapak perkhemahan bagi menjalankan aktiviti rekreasi.

“Mengambil iktibar insiden tanah runtuh di Batang Kali pada tahun lalu, kerajaan negeri kini sedang mencari jalan untuk mewujudkan garis panduan kepada pengusaha tapak perkhemahan.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan mengkaji untuk mewujudkan permit khas untuk kategori pengusaha tapak perkhemahan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha tapak perkhemahan hari ini.

Seramai 15 orang pengusaha tapak perkhemahan di negeri ini terlibat dalam pertemuan selama sejam bersama pihak PBT.

Kok Seong dalam pada itu berkata, pihaknya akan membawa cadangan berkenaan ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri seterusnya dibawa ke Mesyuarat Perancangan Negeri.

“Kami mahu membantu pengusaha tapak perkhemahan meneruskan perniagaan mereka dengan mengambil kira aspek keselamatan.

“Setakat ini, lokasi tapak perkhemahan di negeri berada pada tahap keselamatan yang terbaik. Tiada sebarang isu berkaitan risiko cerun tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan mereka,” katanya.

Sumber-UTUSAN.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …