π·π΄ππ΄π πΎπΈππΈπΏπ΄ππ΄ππ΄π ππΈπΊπ΄π π΄ 2021-2025
ππΌπΏπ΄πΌ ππΈπ π΄π πΎπΈππΈπΏπ΄ππ΄ππ΄π ππΈπΊπ΄π π΄ 8: πΎπΈππΈπΏπ΄ππ΄ππ΄π π π΄πΎππ΄π (πππππ’ππ’βππ πΎππ πβππ‘ππ πππππ)
APAKAH KESIHATAN MENTAL ?
Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.
KESIHATAN MENTAL JUGA MERUJUK KEPADA :
- Cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak.
- Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya.
- Cara kita berinteraksi dengan orang lain.
MASALAH KESIHATAN MENTAL :
- Kecelaruan kebimbangan umum.
- Kecelaruan panik.
- Kecelaruan obsesif kompulsif.
- Kecelaruan stres selepas trauma.
- Gangguan tidur.
APAKAH YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL ?
- Cara/ corak asuhan seseorang.
- Tahap pendidikan.
- Agama dan budaya hidup.
- Pengaruh persekitaran (rakan sebaya, guru-guru).
- Keistimewaan, kelemahan dan pencapaian seseorang.
- Kesihatan fizikal.
Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENOLONG DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN ?
Selain mendapatkan nasihat professional, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu diri sendiri dan orang lain yang menghidap penyakit fizikal.
- Berkongsi kebimbangan dan masalah dengan orang lain. Anda mungkin merasa lega selepas berkongsi masalah
- Bertanya kepada doktor anda tentang perkara-perkara yang anda tidak pasti tentang penyakit.
- Imbangi keperluan kehidupan anda dengan halangan akibat penyakit. Ketahuilah tahap kemampuan anda.
- Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental.
- Melakukan senaman sebagai aktiviti harian.
- Amalkan pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia