BEKALAN AIR BERSIH UNTUK RAKYAT

 

KOTA BHARU- Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa berusaha memastikan tiada masalah berkaitan bekalan air bersih menjelang tahun 2024.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor, antara usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih khususnya di Pulai Chondong adalah dengan menyiapkn baki kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) Di LRA Merbau Chondong, dengan menggunakan peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan anggaran kos sebanyak RM1.7 juta.
Selain itu, cadangan lain termasuklah untuk menaik taraf sistem proses di LRA Merbau Chondong yang kini dalam proses permohonan peruntukan pinjaman daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM 11 juta.
“Dalam pada itu, setelah siap projek ini, LRA Merbau Chondong dijangka akan mengeluarkan air bersih sebanyak 90 JLH seterusnya dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri kelantan khususnya Pulai Chondong,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim dua hari lepas.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …