?????? ??????? ???????? ??? ?????? ?????

SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan gotong – royong di PPR Gombak Setia bersama persatuan penduduk dan Alam Flora Sdn. Bhd pada 17 November 2022 yang lalu. Aktiviti ini tertumpu kepada pembersihan di sekitar kediaman dan pencucian rumah sampah. Penduduk yang hadir turut mengadakan aktiviti plogging di sekeliling kediaman masing-masing.

Program seumpama ini mampu mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan, agensi swasta dan penghuni kediaman. Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan (PWP) menyatakan kerjasama di kalangan penduduk adalah penting dan perlu sentiasa bersama dalam mengekalkan kebersihan terutama kawasan kediaman.

Kebersihan yang terjaga juga mampu menjamin keselesaan penghuni sekaligus mengurangkan risiko penularan wabak dan penyakit berjangkit.

 

SUMBER:SWCorp Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …