MENGAPA PERLU DOS PENGGALAK COVID-19?

Vaksin COVID-19 adalah sangat berkesan. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan vaksin lain, perlindungan yang dihasilkan oleh vaksin COVID-19 akan berkurangan selepas tempoh tertentu. Ini menyebabkan risiko mendapat jangkitan COVID-19 meningkat semula selepas beberapa bulan. Justeru pengambilan dos penggalak amat penting untuk memastikan perlindungan yang berterusan dan kita boleh menjalani kehidupan yang lebih selamat bersama virus COVID-19 yang sentiasa bermutasi.

KKM menyeru orang ramai untuk memantapkan perlindungan tubuh terhadap COVID-19 dengan mengambil vaksin yang lengkap diikuti dos penggalak mengikut jadual yang disyorkan disamping terus mengamalkan langkah kesihatan awam kendiri.

Oleh itu, sekiranya anda belum menerima dos penggalak, segera dapatkan temujanji melalui pautan MySejahtera.

LINDUNGI DIRI, LINDUNGI SEMUA TERMASUK ORANG YANG TERSAYANG.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …