MAIWP LANCAR TRANSFORMASI IMEJ BAHARU PERMATA MAIWP

MAIWP terus memperkasa agenda pembangunan ummah melalui Transformasi Tadika MAIWP pada tahun ini. MAIWP berperanan besar membantu anak-anak asnaf mencapai akses pendidikan yang sempurna bagi menghasilkan kualiti pendidikan yang efektif.

Oleh itu, MAIWP sentiasa menyusun gerak kerja dan program pendidikan di MAIWP dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pendidikan warga emas. Pada tahun ini, MAIWP telah menubuhkan MAIWP Kids berkonsepkan pendidikan digital prasekolah dengan dilengkapi pelbagai peralatan digital seperti Smart TV, Smart Board dan Future Classroom.

Justeru MAIWP pada harini telah melancarkan Transformasi Imej Baharu, Tadika Permata MAIWP merangkumi imej yang baru iaitu logo, lagu rasmi Permata MAIWP dan ikon yang baru selain penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Tadika (KSIB).

Pelancaran Transformasi Tadika MAIWP 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Ahli MAIWP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP. Hadir sama Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP serta Puan Sharifah Fathiah Syed Abdullah, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Permata MAIWP telah dilancarkan pada Mac lalu dan mempunyai 78 cawangan di seluruh Wilayah Persekutuan manakala MAIWP Kids TTDI merupakan yang pertama ditubuhkan. MAIWP merangka sebanyak 3 buah lagi MAIWP Kids akan ditubuhkan pada tahun 2023.

SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …