SEKITAR PROGRAM ZIARAH KASIH KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

LABUAN, 15 November 2022 – KEMAS Labuan telah berjaya mengadakan Program Ziarah Kasih yang bertempat di Kampung Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan dan telah melibatkan 15 orang penduduk kampung menerima bakul makanan daripada KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan.
Program Ziarah Kasih KEMAS ini adalah bertujuan mengeratkan semangat kesukarelaan dan nilai-nilai murni dalam masyarakat serta melahirkan masyarakat yang mempunyai modal insan yang berkualiti dan sejahtera.
Majlis perasmian program itu telah disempurnakan oleh Encik Ab Rasil Hajatil, Pengarah Jabatan Penerangan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Hadir sama dalam program tersebut Encik Sugiman Sinang, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Encik Gilbert Julian Pegawai KEMAS Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Samiah Daud, Penolong Pegawai Kemahiran Dan Komuniti KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan dan Encik Rosman bin Hussein, Pengerusi JPKK Kampung Rancha-Rancha.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Labuan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ziarah ini.
SUMBER:FACEBOOK KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …