KADA BANTU PETANI LEBIH RM1 JUTA

 

PASIR PUTEH – Kementerian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terus menyantuni golongan petani dengan pelbagai bantuan berjumlah keseluruhan melebihi RM1 juta.
Timbalan Menterinya, YB Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, peranan golongan sasar amat penting untuk memastikan kelangsungan dan kelancaran kepada rantaian bekalan makanan negara tercapai.
“Kita juga beri bantuan Geran Pemadanan, Bantuan Program Rezeki Tani serta Agropreneur, jadi peruntukan sebegini boleh memberi gambaran bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib golongan petani dan pengusaha yang telah ditimpa musibah”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Semarak Tani Perkasa Komuniti Agromakanan Luar Bandar di Bandar Tok Janggut Pasir Puteh yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi,Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail dan Pengerusi KADA, Datuk Kamarudin Md Nor.
Dalam program itu, 71 pesawah menerima bantuan daripada tabung bencana padi dengan peruntukan lebih RM 164,000 ribu ekoran daripada bencana ribut yang melanda tanaman mereka baru-baru ini.
Program tersebut ialah salah satu inisiatif kerajaan bagi memperluaskan penghasilan produk agromakanan oleh masyarakat setempat selain penyampaian maklumat secara berterusan daripada kerajaan terus kepada rakyat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …