PESTA BOLA NGOCA SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022.

PLANMAlaysia@Negeri sembilan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah akan menganjurkan Pesta Bola Ngoca sempena Sambutan HPBS 2022 Peringkat Negeri Sembilan.

Selain daripada meraikan perancang bandar, program ini juga bertujuan mempromosi keunikan sukan rakyat daerah Kuala Pilah disamping merancakkan ekonomi setempat. Sambutan ini juga bertepatan dengan tema HPBS 2022 iaitu “Malaysia Berdaya Huni : Transformasi Bandar Masa Hadapan”.

Antara acara/aktiviti yang akan diadakan adalah :

– pertandingan bola sepak sawah

– gusti bantal

– basikal titi

– panjat tiang licin

– tangkap itik

– ngoca ikan

– penyampaian penghargaan bandar mampan peringkat negeri sembilan tahun 2022

Moh Kito samo-samo memeriahkan sambutan yang akan diadakan pada 10 dan 11 Disember 2022 bertempat di Stadium Bola Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Puatan Borang Penyertaan Kejohanan Bola Sepak Sawah

https://bit.ly/PestaBolaNgoca_PENDAFTARAN

sumber: PLANMalaysia Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KAMPUNG SUNGAI IKAN, TERENGGANU TERBAKAR.

Operasi memadam lebih 75 peratus kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu sedang giat dijalankan. Pengarah …
Maklumat Lanjut

TAKLIMAT KERJA UKUR POST-MONSOON BAGI PENGUMPULAN DATA HIDOGRAFI DI MUARA SUNGAI GOLOK

Program usahasama Malaysia Thailand. Tarikh : 25/4/2025 Masa : 10.00 pagi Tempat : Imigresen Thailand dan lawatan ke pesisir muara …
Maklumat Lanjut

PEMERIKSAAN ICQS BUKIT BUNGA

Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan pemeriksaan 32 buah kenderaan tempatan & asing di ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah, …
Maklumat Lanjut