PROGRAM BICARA SANTAI TKP MKN BERSAMA KEPIMPINAN PELAJAR DAN BELIA

PROGRAM BICARA SANTAI ‘KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA’ TIMBALAN KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA (KESELAMATAN STRATEGIK) BERSAMA KEPIMPINAN PELAJAR DAN BELIA telah diadakan pada 13 November 2022 (Ahad) sekitar jam 12.30 tengah hari bertempat di Icon Mini Hall, Icon Café, Kuala Terengganu.

Satu sesi sembang santai antara Encik Zamri bin Misman, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) bersama kepimpinan pelajar universiti awam Terengganu (seperti UNISZA, Politeknik etc), wakil Majlis Belia Negeri Terengganu serta wakil Persatuan E-Sport Terengganu (ESMT) telah diadakan bagi memperkenalkan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan Konsep Keselamatan Menyeluruh kepada kepimpinan pelajar dan belia serta membincangkan peranan yang boleh golongan pelajar dan belia mainkan dalam pengurusan keselamatan negara.

Sesi yang disertai seramai 17 orang kepimpinan pelajar dan belia ini telah menjadi antara titik permulaan usaha MKN mendekati golongan belia, lebih memahami keperluan, kehendak serta pendakatan orang muda dalam pengurusan keselamatan negara. Melalui penglibatan secara langsung pegawai MKN Terengganu bersama wakil belia dan pelajar juga, pelbagai idea dan perancangan untuk melaksanakan programGSPS  secara bersepadu dapat dibincangkan dan akan dirangka dengan lebih terperinci lagi sebelum perlaksanaanya pada 2023 nanti.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …