KOMITED DALAM KESIAPSIAGAAN

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, TKSU PSE KWP serta agensi DBKL, PDRM, APM, SWCORP dan Alam Flora menjalankan sesi turun padang di Kuala Lumpur pada petang tadi sebagai inisiatif meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi pengurusan bencana di Wilayah Persekutuan. Sesi turun padang tersebut melibatkan dua kawasan iaitu Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Air Bah Taman Air Panas bagi pemeriksaan saliran air.

Daripada pemantauan di lokasi-lokasi tersebut, tindakan susulan yang perlu dilaksanakan adalah dengan mengadakan perbincangan bersama pihak Prasarana, DUKE, ITIS, Syarikat Swasta untuk memperincikan beberapa tindakan melibatkan sistem saliran yang perlu diselaraskan oleh pihak mereka.

#OurCityOurHome

 

SUMBER: Kementerian Wilayah Persekutuan 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …