PROGRAM PELAN STRATEGIK PENGUATKUASAAN DBKL 2022-2026

Bagi meningkatkan keyakinan komuniti peniaga/pemborong terhadap perkhidmatan DBKL terutama melibatkan hal ehwal penguatkuasaan, DBKL dengan kerjasama Persatuan Pemborong Jalan Batu Kuala Lumpur (Batu Road Retailers Association – BARRA) telah melaksanakan Program Pengukuhan Libat Sama Masyarakat di bawah Insiatif Pelan Strategik Penguatkuasaan DBKL 2022-2026 pada 9 November 2022 (Rabu) bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Program berbentuk kemasyarakatan ini merupakan julung kali dilaksanakan di antara Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL dan BARRA dengan slogan “Penguasa Bandaraya bersama Komuniti”. Pelbagai aktivti telah diadakan meliputi Taklimat Garis Panduan Permohonan Lesen Promosi, Taklimat Garis Panduan Permohonan Sewa Petak Khas kepada peniaga/pemborong, sesi libat urus, menyantuni para peniaga di lokasi dan membuka kaunter semakan kompaun.
Tuan PPjK Mohd Zulhainan bin Hj Mohd Isa, dari JPK DBKL bersama Datin Rohana binti Mohammad Nasir selaku Pengerusi BARRA telah turun padang menyempurnakan program ini.Seramai 38 Pemborong/Peniaga telah disantuni dan hadir dalam sesi libat urus ini.

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …