KAHA 2022 RINGANKAN BEBAN KELUARGA ASNAF DI TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 31 OKTOBER 2022


 

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan sebanyak lebih RM23 juta untuk diagihkan kepada 26,826 keluarga asnaf, fakir dan miskin menerusi program Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA) 2022. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, menerusi bantuan secara ‘one-off’ itu, setiap keluarga isi rumah (KIR) asnaf akan menerima antara RM800 hingga RM1,000 bergantung kepada tanggungan keluarga.

Menurutnya, bantuan berkenaan bagi membantu meringankan beban golongan terbabit yang terkesan dengan peningkatan kadar inflasi dan kenaikan harga barang. Program agihan secara berkonvoi ini adalah julung kali diadakan serentak di seluruh negeri. Bagusnya program kali ini kerana kita membabitkan pembaysr zakat yang turut bersama konvoi bagi melihat sendiri agihan secara terus ke rumah penerima bantuan.

Setiap daerah, seramai lima keluarga asnaf miskin dipilih untuk diserahkan bantuan tunai dan bakul makanan secara terus manakala, keluarga asnaf lain akan menerima bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.  Ahmad Azrin berkata, untuk program KAHA 2022, Maidam meluluskan sebanyak RM23,683,400 untuk diagihkan kepada 26,826 orang asnaf miskin. Seramai 15,713 KIR akan menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM800, manakala 11,113 KIR menerima bantuan juga secara ‘one off’ sebanyak RM1,000.

Sementara itu salah seorang penerima bantuan, Wan Noriah Wan Abdullah, 54, bersyukur dan terharu dengan bantuan berkenaan yang mampu meringankan beban keluarganya menjalani kehidupan harian.

 

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …