ECO-RANGERS SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ALAM SEKITAR

KUALA LUMPUR: YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan menyempurnakan Program Titipan Kasih WP Hijau pada 30 Oktober 2022 di Taman Herba Sg Midah, PPR Raya Permai, Sg. Besi. YBhg. Datuk Seri sempat mengagihkan beg yang berisi alatan berkebun kepada peserta-peserta cilik, menanam anak pokok, melawat sekitar taman herba dan akhir sekali memberi sijil penghargaan kepada barisan Eco-Rangers yang telah menjaga baik kawasan taman dan membimbing peserta-peserta cilik dalam menanam anak-anak pokok.

Semoga generasi muda-mudi ini terus menabur bakti dalam meneruskan kebun komuniti dan kebun bandar di Wilayah Persekutuan.

SUMBER: Kementerian Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …