SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG STOK MINI

 

KOTA BHARU 27 Okt : Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Sesi libat urus bersama pemegang stok mini seluruh Negeri Kelantan disini hari ini.
Dalam sesi libat urus ini diadakan Mesyuarat dan Taklimat Penyelarasan Pelaksanaan Pelan Kontigensi Mengawal Selia Bekalan Barang Kawalan Menghadapi Bencana Alam (Banjir) 2022/2023.
Objektif merupakan langkah proaktif bagi persiapan dalaman menghadapi bencana banjir (Monsun Timur Laut) dan memastikan barangan keperluan asas tidak putus dan mencukupi.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan bersama wakil pengedar, peruncit seluruh Negeri Kelantan.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Kelantan, YBrs. Tuan Mohd Faisal bin Hussin, Ketua Unit Bekalan, KPDNHEP Kelantan.
Hadir bersama wakil dari Pengurus-pengurus Peruncit, Pengedar, Pemborong dan Stesen Minyak antaranya Pasaraya TT Maju, Kumpulan Pasaraya Pantai Timur, Pasaraya Supermas Tumpat, As Borong & Runcit, SP Lam Marketing, ABM Maju Jaya Solution, dan Petronas Sri Geting.

Artikel/Berita Terkini

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut

5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan …
Maklumat Lanjut

LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam. KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke …
Maklumat Lanjut