PKP : NEGERI SEMBILAN TIDAK BENARKAN SOLAT SUNAT TARAWIH DI MASJID DAN SURAU

SEREMBAN, 19 April — Solat sunat tarawih di surau dan masjid di negeri ini, tidak dibenarkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Katanya, keputusan tersebut dibuat berdasarkan keadaan semasa yang diputuskan kerajaan Persekutuan, bagi menangani penularan wabak COVID-19, di negara ini.

“Sepanjang tempoh PKP, solat tarawih secara berjemaah di surau dan masjid tidak dibenarkan, masyarakat digalakkan untuk melakukan solat sunat tarawih di rumah masing-masing bersama ahli keluarga sahaja.

“Sekiranya PKP tidak dilanjutkan, iaitu selepas 28 April ini, kita akan melihat kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebelum keputusan lanjut dibuat kemudian,” katanya di sini hari ini.

Mohd Yusof berkata, orang ramai khususnya umat Islam masih boleh menjalankan ibadah solat tarawih di tempat masing-masing, dengan tidak mendedahkan diri mereka terhadap risiko penularan COVID-19.

Penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac lepas bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini dengan fasa ketiga penguatkuasaannya bermula 15 hingga 28 April ini.

Sumber — BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut