JELI 20 Okt : KPDNHEP Negeri Kelantan dan Gerakan Pengguna Daerah dengan kerjasama KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menganjurkan Program Advokasi Kepenggunaan Bersama Siswa yang bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, Kelantan disini hari ini.
Pelbagai acara sukan telah diadakan termasuk sukan rakyat sebagai tanda simbolik hubungan diantara pelajar siswa dengan KPDNHEP khususnya Bahagian Gerakan Kepenggunaan.
Antara acara sukan yang diadakan adalah permainan congkak, dam haji, batu seremban, sepak bulu ayam dan sebagainya.
Terdahulu satu taklimat berhubung kepentingan sebagai pengguna telah disampaikan kepada pelajar-pelajar siswa di kampus berkenan serta penerangan berhubung penubuhan Kelab Pengguna Siswa di universiti tersebut.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNHEP Putrajaya, YBrs. Tuan Muslimun bin Md Yussof.
Diantara program yang menarik minat pelajar-pelajar siswa di universiti tersebut adalah Kuiz Roda Impian yang dikendalikan oleh Seksyen Pendayaupayaan dan Pengguna KPDNHEP Negeri Kelantan iaitu peserta diajukan beberapa soalan berkaitan kepenggunaan dan kepentingan sebagai seorang pengguna.
Program diserikan dengan kehadiran Pengarah UMK Kampus Jeli, YBhg. Professor TS Dr. Aweng A/L Eh Rak dan diiringi oleh Dekan Fakulti Asas Tani, UMK Kampus Jeli, YBhg. Professor Madya Dr. Seri Intan binti Mokhtar.