KOTA BHARU 22 Okt : Sepasukan 3 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali Tahun 2022 di lokasi-lokasi tumpuan awam.
Objektif pemeriksaan dibuat di semua peringat rantaian pengedaran, pemborong dan peruncit oleh semua KPDNHEP Cawangan Daerah memfokuskan kepada pematuhan kestabilan harga barangan yang dikawal termasuk keberadaan ayam serta telur.
Selain itu bagi memastikan harga jualan adalah berpatutan dan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan secara tidak munasabah (mencatut).
Peratusan keberadaan, situasi bekalan, rantaian edaran dan isu-isu dilapangan secara spesifik telah diambil dan direkodkan untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-


