LATIH AMAL JSPT KL SEMPENA PRU – 15

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2022 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah mengadakan Latihan Amal Sempena Pilihanraya Umum ke 15 pada tahun ini. Latih amal dirancang mirip kepada situasi sebenar perjalanan Pilihanraya ini bertujuan untuk menguji keberkesanan tindakan khususnya petugas polis trafik (JSPT KL) dalam menghadapi situasi Kawalan Lalulintas serta memastikan pegawai dan anggota polis sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 nanti.

Beberapa senario telah dirangka bermula pada hari tersebut dimana semua Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis JSPT KL di atur gerak penugasan mereka di lokasi-lokasi terpilih untuk menjalankan latihan simulasi di tempat “Penamaan Calon” “Tempat Mengundi” dan “Tempat Penjumlahan Undi”. Latih amal bagi menghadapi Pilihanraya ini akan terus diadakan secara berperingkat sehingga hari sebenar pada 19 November 2022.

Latih amal berjalan dengan jayanya.

 

SUMBER:JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …