MDD TERIMA RM180 RIBU, TAMBAH BAIK DESTINASI PELANCONGAN

 

KOTA DARULNAIM –Majlis Daerah Dabong (MDD) menerima peruntukan RM180 ribu daripada Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Exco Kerajaan Tempatan bertujuan menambah baik fasiliti di destinasi pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan YB Dr Izani Husin berkata Dabong kini menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara kerana khazanah semulajadinya yang terpelihara.
Melalui laman maya, beliau berterima kasih kepada MDD atas inisiatif dan kesungguhan dalam menghasilkan lukisan mural yang kreatif. Sekali gus menjadi tarikan terbaharu pengunjung ke Dabong.
“Tahniah juga kepada para pengunjung atas kesedaran dalam memastikan kebersihan dan keceriaan tempat-tempat tumpuan rekreasi keluarga kita di negeri Kelantan sentiasa terjaga,” catatnya.
Antara elemen keceriaan tersebut termasuklah kerja-kerja mengecat dan melukis mural di bangunan, rumah di jalan utama, membaik pulih tandas awam, surau dan selebihnya pembinaan tandas baharu khususnya bagi kemudahan kepada pengunjung.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut