MENYAMAR KENALAN!

Jika anda tiba-tiba dihubungi oleh kenalan lama, saudara, rakan sekerja atau majikan meminta untuk pinjam wang anda… HATI-HATI!

Mungkin itu adalah scammer yang menyamar sebagai kenalan anda!

Scammer biasanya akan menghubungi mangsa menggunakan whatsapp dari nombor lain atau melalui akaun telegram kenalan anda yang telah digodam.

Ambil langkah berikut :-

  1. Hubungi kenalan anda menggunakan nombor telefon yang anda simpan.
  2. Jika tidak berjawab, tinggalkan pesanan kepada nombor asal.
  3. Semak lama sosial rakan anda (FB/IG) untuk melihat sama ada rakan anda ada memaklumkan bahawa akaun mereka telah digodam atau menafikan ingin meminjam wang.
  4. Jika rakan (scammer) meminta memasukkan wang ke akaun bank atas nama individu lain. ABAIKAN.

 

SUMBER: CYBER CRIME ALERT ROYAL MALAYSIA POLICE

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …