PROGRAM ‘MEET AND GREET’ BALAI POLIS PANTAI, JALAN PANTAI BAHARU, KUALA LUMPUR

IPD Brickfields, 18 Oktober 2022 jam 9.00 pagi – Sjn Badrul Hisham bin Senapi, Penyelia Unit Kolaborasi Sumber Balai Polis Pantai bersama Kpl Mohd Azmizam bin Ahmad, Kpl Norhuda binti Selamat dan L/Kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid telah mengadakan Program ‘Meet And Greet’ peringkat Balai Polis Pantai di Pejabat Pos Pekan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur.

Turut diedarkan risalah penggunaan e-Reporting, penerangan tentang cara penggunaan aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) serta risalah pencegahan jenayah. Menghebahkan nombor telefon Balai serta Pondok Polis di kawasan Pantai dan talian hotline IPD Brickfields bagi memudahkan masyarakat untuk menghubungi pihak Polis.

Risalah-risalah Pencegahan Jenayah Komersil dan mendedahkan pengenalan berkaitan jenayah penipuan siber atau atas talian seperti Scam, Macau Scam dan Love Scam kepada orang awam. Program sebegini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kerjasama antara masyarakat dan PDRM dalam mencegah kejadian jenayah. Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 10.30 pagi.

SUMBER: POLIS BRICKFIELDS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …