RANTAU PANJANG 15 Okt : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Pasir Mas Merah telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara, disini hari ini.
Rampasan telah dibuat keatas minyak petrol anggaran sebanyak 100 liter dan minyak diesel anggaran 20 liter ditahan bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia.
Turut ditahan bersama seorang wanita tempatan disyaki membawa barangan ini melalui Sekatan Jalan Raya Banggol Kong, Jeram Perdah Pasir Mas, Kelantan.
Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDNHEP.