FITNAH: PANDUAN MENGATASI DAN MENGELAKKAN GEJALA FITNAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Fitnah menfitnah perlu dibendung dari terus membarah dalam masyarakat kerana ia akan menimbulkan perpecahan, perbalahan dan kemusnahan harta benda serta kehilangan jiwa. Dr. Khairunneezam bin Mohd Noor, Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan menerusi laman sesawang Universiti Sains Islam Malaysia telah menyenaraikan panduan dalam mengatasi dan mengelakkan gejala fitnah terus berleluasa seperti mana yang disarankan oleh agamawan dan ilmuan Islam. Pertamanya, jangan mudah percaya segala fitnah yang disebarkan kerana orang yang memfitnah itu tidak dapat diterima penyaksiannya. Kedua, perbuatan fitnah seharusnya dan sedaya-upaya mesti dicegah, sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib. Ketiga, perbuatan fitnah harus dibencinya, kerana ia adalah maksiat dan dosa. Keempat, jangan bersangka jahat terhadap orang yang difitnah, sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. Kelimanya, jangan selidiki keadaan orang yang difitnah itu, sebab Allah SWT melarang menyelidiki kejahatan orang. Keenam, jika tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka janganlah memberitahu sesiapun segala fitnah yang disebarkan itu

Tidak dapat tidak, fitnah dapat diatasi melalui pembudayaan hidup sebagai seorang Muslim yang berlandaskan kepada akidah, syariat dan akhlak yang dianjurkan oleh agama. Seorang Muslim harus sentiasa mengamalkan sikap bertabayyunΒ dan bertanya setiap isu yang berbangkit kepada ahlinya serta memastikan kesahihan setiap maklumat yang diperolehi sebelum disebarkan. Inilah cara yang terbaik dalam mengelakkan menjadi pempromosi fitnah Seorang Muslim yang soleh akan sentiasa mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri supaya timbul keinsafan untuk memelihara keaiban orang lain tanpa mengira kawan atau lawan manusia. Seorang Muslim akan sentiasa mengingatkan diri bahawa segala perbuatan kita akan dicatat dan dihisab oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi:49 yang bermaksud

β€˜Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun’.

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut