SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENGGERAK PASAR MALAM DI KUALA LUMPUR

PENGARAH EKSEKUTIF PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DBKL BERAMAH MESRA BERSAMA PENGGERAK PASAR MALAM DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – YBhg Datuk Hj. Azmi Bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama Pertubuhan Pasar Kuala Lumpur (PMKL) dan penganjur pasar malam di Kuala Lumpur bertempat di Dewan Megapuri, Menara DBKL 1 pada 10 Oktober 2022 yang lalu.

Sebanyak 29 persatuan dan penganjur pasar malam di Kuala Lumpur telah hadir antaranya adalah Persatuan Pasar Malam Lorong TAR, wakil daripada Pasar Malam Sri Kedah, Pasar Malam Kepong, Pasar Malam Taman Connaught,Pasar Malam Sri Petaling,Pasar Malam Jalan Berhala, Pasar Malam OUG dan Pasar Malam Jalan Telawi, Bangsar.

Dalam majlis tersebut, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL telah mengingatkan dalam ucapan beliau agar kesemua persatuan dan penganjur pasar malam di Kuala Lumpur sentiasa memastikan pasar malam di bawah seliaan mereka sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan juga bersistematik.

Beliau juga berkata, DBKL sentiasa akan bekerjasama dengan pihak yang berkaitan agar matlamat yang disasarkan dapat dicapai dan akhirnya melahirkan komuniti perniagaan yang professional dan berintegriti bagi meningkatkan tahap ekonomi dan sosial, selaras dengan visi DBKL.

DBKL juga berharap agar hubungan baik yang terjalin ini akan terus berkekalan demi kebaikan bersama. Turut hadir bersama adalah YBrs Tuan Haji Ahmad Johaan bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …