KELANTAN TERIMA SUMBANGAN BANTUAN BENCANA DARI PETRONAS

 

KOTA DARULNAIM – Sempena Program Bantuan Bencana Banjir Petronas 2022, Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah menerima sumbangan peralatan daripada Pengurusan Petronas Wilayah Timur di sini, semalam.
Antara sumbangan yang disampaikan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly ialah dua bot dilengkapi enjin, tangki bahan api, serta kemudahan roda mudah alih kepada agensi penyelamat di Kelantan.
Selain itu, turut diberikan ialah 7,000 baju hujan, 1,000 khemah perlindungan mangsa banjir dan 700 jaket keselamatan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh nanti.
“Barangan yang disumbangkan itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan untuk digunakan kelak,” kata Dato’ Mohd Amar.
Beliau mewakili Kerajaan Negeri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan Petronas Wilayah Timur atas keprihatinan terhadap Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …