TANAH MERAH 11 Okt : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menerima serahan kes daripada Batalion Pertama, Rejimen Sempadan, Kem Batu 11 Tanah Merah, Kelantan berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara, disini hari ini.
Rampasan telah dibuat keatas minyak petrol anggaran sebanyak 80 liter yang ditinggalkan disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral di Pengkalan Haram Nurut Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDNHEP.