TAKLIMAT PENGUATKUASAAN OLEH TUAN SETIAUSAHA

Seremban, 11 Oktober 2022 – Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan satu perjumpaan bersama dengan anggota penguatkuasa MBS bertempat di Wisma MBS.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menyampaikan taklimat mengenai tanggungjawab sebagai anggota penguatkuasa yang berintegriti dalam menjalankan tugas. Majlis tidak akan berkompromi atau bertolak ansur terhadap mana-mana anggota yang terlibat dengan isu integriti semasa bertugas di lapangan.

Anggota penguatkuasa juga telah diingatkan supaya sentiasa bersiap siaga terhadap isu bencana dan perlu bertugas mengikut jadual atau ketika dipanggil pada bila-bila masa sahaja.

Tindakan penguatkuasaan melalui pendidikan yang lebih efektif seperti mengutamakan tindakan notis bertempoh untuk memberi peluang kepada mereka memperbetulkan kesalahan, kemudian disusulkan dengan kompaun, dan jika masih berkeras disertakan dengan tindakan selanjutnya.

Turut hadir semasa taklimat diadakan ialah En. Hanizam bin Ahmad, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS.

Sumber: Facebook MBS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …