LABUAN, 11 Okt 2022 – Tn. Hj Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PL pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Raymond Anak Entalai, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia WP Labuan bertempat di Pejabat KPE, Wisma PL. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan Imigresen Labuan. Tujuan kunjungan adalah bagi sesi suai kenal memandangkan ini adalah pertemuan pertama setelah kedua-duanya dilantik mengetuai jabatan masing-masing selain mengekalkan hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak.
SUMBER : FACEBBOK PERBADANAN LABUAN