BICARA EKSEKUTIF DKN 2021-2025 BERSAMA MAHASISWA UPM DAN UKM

BANGI – Pada 8 dan 9 Oktober 2022 bertempat di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah diberikan ruang dan peluang untuk menyampaikan perkongsian mengenai Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 kepada para mahasiswa sesi baharu pengajian masing-masing. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh YBrs Tuan Zamri bin Misman Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) Majlis Keselamatan Negara, JPM.

           

Tuan Zamri telah menerangkan mengenai Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 dan peranan MKN, JPM dalam pengurusan keselamatan negara secara menyeluruh termasuk pengurusan krisis negara dan telah turut memberikan penekanan bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab semua. Turut hadir bersama, Pengarah Keselamatan Negeri Selangor Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan yang turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada para pelajar.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …