PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT LABUAN JAYAKAN HSN 2022

LABUAN, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Pelbagai lapisan masyarakat di pulau itu menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, penganjuran dan penyertaan masyarakat di semua peringkat dalam HSN menggambarkan program itu mendapat sokongan yang kuat daripada warga Labuan.
“Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan kelab sukan atau belia serta semua individu yang bersama-sama bekerjasama dalam menggembleng tenaga bagi melancarkan dan menyemarakkan lagi sambutan HSN khususnya di pulau mutiara ini,” katanya semasa merasmikan HSN Peringkat Labuan, di sini semalam.
Antara aktiviti yang berjaya menarik penyertaan orang ramai adalah F’un Run’ sejauh 5km, ‘Fun Ride’ RB sejauh 30km, ‘Fun Ride’ MTB sejauh 30km dan lain-lain lagi dengan jumlah penyertaan keseluruhan adalah tidak kurang daripada 20 ribu orang.
SUMBER : FACEBOOK  MALAYSIAAKTIF

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …