PROGRAM JATIDIRI PELAJAR PRA-UNIVERSITI @SMK IBRAHIM FIKRI

———————————————————————————————————————————————————————
KUALA NERUS, 10 OKTOBER 2022
——————————————————————————————————————————————————————–
??????? ??????? ???? ???? ??? ?????????? ????????? ?????? ????? ????? ????? ???????? ???? ?? ??????? ???? ???? ????????? ?? ??? ??????? ?????
***
Program ini adalah program kolaborasi antara PEWARIS Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan MKN Negeri Terengganu. Sebanyak 3 buah sekolah yang terlibat yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Semester 1 dan 3. Secara keseluruhannya, terdapat 6 siri jelajah yang akan dilaksanakan di seluruh daerah Negeri Terengganu dan sesi kali ini merupakan siri yang keempat.
Objektif program adalah bagi memberikan kefahaman kepada generasi pewaris (pelajar tingkatan enam) mengenai keselamatan dalam negara dan cabaran semasa. Selain itu, program ini juga bertujuan menyuntik semangat untuk melakukan lonjakan paradigma ke arah mempertingkatkan keyakinan diri pelajar yang juga bakal pemimpin negara di masa hadapan.
Pengisian utama program adalah memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu keselamatan negara yang disampaiakan oleh pegawai MKN Terengganu, pemahaman sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan oleh pegawai Jab. Penerangan Terengganu serta keperluan pemugaran jati diri sebagai teras kecemerlangan sesebuah tamadun oleh penceramah dari PEWARIS.
Semoga dengan perlaksanaan jelajan jatidiri ini dapat memberikan pemahaman, kesedaran dan menaikkan semangat para pelajar untuk terus sukses dan bersama-sama menjaga keselamatan negara.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut