Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MKN WPKL) mengucapkan
“Salam Maulidur Rasul 1444H/2022M”
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada 9 Oktober 2022 (Ahad). Tema sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
Marilah kita memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat Baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ