AWAS ! TIPU TAWARAN PEMBANTU RUMAH

Kebelakangan ini terlalu banyak iklan di media sosial yang menawarkan perkhidmatan ‘part time maid’ yang murah.

Sebelum anda meneruskan urusniaga tersebut, semak ‘red flag’ berikut :-

  • Semak nama dan alamat syarikat. Buat carian di internet atau semak dengan SSM.
  • Jika anda diminta memuat turun aplikasi, pastikan aplikasi tersebut boleh diperoleh di platform atau app store yang sah seperti Google Play Store dan Apple Store.

Jika tiada, jangan install pada peranti anda.

  • Baca dengan teliti dan semak kebenaran akses yang diminta oleh aplikasi tersebut. Jika aplikasi tersebut meminta untuk akses SMS telefon bimbit anda, jangan teruskan.
  • Kita cuma nak ‘booking maid’, bukan nak berSMS dengan maid atau pihak syarikat. Fahami keperluan aplikasi yang anda muat turun sebelum memberikan kebenaran akses.
  • Anda akan diminta membuat bayaran melalui aplikasi tersebut. Jangan! Itu adalah kaedah phishing yang digunakan scammer untuk mendapatkan ID dan password perbankan anda.

Untuk menggunakan internet banking dengan selamat, pastikan selepas anda memasukkan ID, gambar atau frasa keselamatan muncul dan betul. Baru lah anda masukkan kata laluan. Jangan teruskan jika gambar / frasa keselamatan tidak dilihat atau salah.

Jangan mudah terpedaya pada tawaran TOO GOOD TO BE TRUE. There must be something wrong somewhere. Curiga pada tempat yang betul itu tidak salah!

 

#BeSmartStayAlert

#LetsFightScammerTogether

#JSJK

#PDRM

#CCID

SUMBER: CYBER CRIME ALERT ROYAL MALAYSIA POLICE

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut