PELANCARAN DANA WAKAF BENCANA

PUTRAJAYA, 6 OKTOBER 2022 – Majlis Pelancaran Dana Wakaf Bencana – Kenanga Sustainability Series : Emergency Waqf Musa’adah Fund Kerjasama Antara Yayasan Waqaf Malaysia, Kenanga Investors Berhad & MATCH Foundation di The Everly Putrajaya.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia.

Dana Wakaf Bencana – Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa’adah Fund merupakan sebuah produk wakaf berasaskan pelaburan di mana sebahagian keuntungan daripada pelaburan tersebut diwakafkan oleh pelabur kepada YWM.

Dana wakaf ini bakal membantu mereka yang terkesan akibat bencana seperti ribut, banjir, tanah runtuh serta menangani krisis wabak penyakit.

 

SUMBER: YAYASAN WAQAF MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …