SEKITAR PROGRAM KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK ( KKJP ) VARIASI KAFTAN.

LABUAN, 6 Oktober 2022 – KEMAS Labuan telah berjaya menganjurkan Kursus Kemahiran Jangka Pendek ( KKJP ) Variasi Kaftan Siri II bertempat di Kelas Kemahiran Jahitan, Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM), Kampung Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan. Kursus selama tiga hari itu yang bermula dari 3 hingga 5 Oktober 2022 itu telah melibatkan seramai 15 orang peserta terutamanya beliawanis dan surirumah.
Majlis penutupan kursus Variasi Kaftan itu telah disempurnakan oleh Pegawai KEMAS Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Gilbert Julian.
Hadir sama dalam majlis tersebut Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan Puan Samiah Daud dan Puan Siti Norlela Jili selaku tenaga pengajar.
SUMBER : FACEBOOK KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …