KERAJAAN NEGERI AKAN PERINCI SOP PENGANJURAN PROGRAM HIBURAN DI KEDAH

 Kerajaan Negeri Kedah akan memperincikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sesebuah program bagi menarik orang ramai hadir ke sesuatu majlis anjuran pihak-pihak tertentu bagi mengelak berlakunya perkara-perkara yang tidak disukai atau melanggar undang-undang dan syarat-syarat hiburan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata SOP yang dimaksudkan merujuk kepada penganjuran satu program ‘Art Loq Staq Festival: Muda-Mudi Weekend Fest’ yang telah berlangsung pada 30 September hingga 1 Oktober 2022 baru-baru ini di Pekarangan Balai Seni Negeri yang telah ditularkan oleh orang ramai menunjukkan muda-mudi terkinja-kinja dalam sebuah konsert program berkenaan.

“Berkaitan isu video tular tersebut, ianya tidaklah menggambarkan keseluruhan perjalanan program ini. Sebelum program ini berlangsung, pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi memastikan kelancaran program ini. Dalam mesyuarat tersebut , pihak Lembaga Muzium telah menetapkan dan memaklumkan syarat-syarat persembahan serta garis panduan pemilihan band yang perlu dipatuhi kepada pihak pengurusan persembahan pentas iaitu Kolektif Biggy.

“Sekiranya berlaku apa-apa persembahan yang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan atau apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku, tindakan segera perlu diambil oleh pihak pengurusan pentas. Kejadian dalam video tersebut hanya berlaku dalam masa beberapa minit sebelum persembahan terakhir berjalan. Dalam kejadian tersebut terdapat sekumpulan penonton yang berlari-lari di hadapan pentas yang menyebabkan keadaan tidak terkawal.

“Pihak Lembaga Muzium Negeri telah mengambil tindakan dengan mengarahkan pihak pengurus pentas untuk menghentikan persembahan tersebut dengan serta merta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang media khas yang diadakan di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Dan Sumber Manusia Negeri, Brigedier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad.

Dalam perkembangan yang sama, Firdaus berkata perbincangan telah dibuat oleh pihaknya bersama pihak penganjur program iaitu Lembaga Muzium Negeri Kedah dan Kolektif Biggy (di bawah naungan Koloni Biggy Sdn. Bhd) selaku penganjur bersama bagi melihat dan memperincikan dimanakah kesalahan penganjuran program tersebut.

“Setelah diteliti, diperbincangkan dan ulasan telah diberikan, program tersebut berjalan seperti mana jadual yang telah ditetapkan oleh penganjur dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Namun apa yang berlaku dan dirakamkan oleh pihak-pihak tertentu hanya berlaku dalam masa beberapa minit dan ianya telah diambil kesempatan untuk ditularkan. Oleh itu, kejadian tersebut telah diberhentikan dengan serta-merta oleh penganjur.

“Apa yang digambarkan oleh perakam tersebut hanya pada beberapa minit kelakuan anak muda dalam program tersebut, tetapi keseluruhan program yang berlangsung selama dua hari tersebut secara aman, dengan mematuhi SOP jadual majlis dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan anak muda tidak digambarkan.

“Saya telah mendapat teguran dari pihak Menteri Besar tentang program yang berlangsung tersebut, maka saya telah memanggil pihak-pihak yang berkenaan bagi mendapatkan penjelasan dan akan dibawa ke peringkat Exco yang akan bersidang esok untuk diperhalusi dan diperincikan bagi menetapkan SOP berkaitan penganjuran program seumpama ini di masa akan datang.

“Saya juga menyeru agar pihak-pihak tertentu sekiranya ingin menganjurkan sesuatu program adalah diminta supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil berat tentang SOP yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya keadaan seumpama ini dan tidak berulang lagi,” ujarnya.

Sumber: Warta Kedah

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …