KPDNHEP KELANTAN SITA 867 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI

 

TUMPAT 4 Okt : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia, IPD Tumpat, Kelantan pada semalam.
Tindakan dilaksanakan pada jam 9.00 malam, dengan menjalankan pemeriksaan susulan mengenai tangkapan awal kes yang telah dihasilkan oleh Task Force IPD Tumpat, lokasi kejadian di tepi jalan kawasan perumahan, Kampung Juluk Tumpat, Kelantan.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah motokar jenis Nissan Almera berpendaftaran Malaysia telah menjumpai minyak masak bersubsidi paket 1kg 51 kotak anggaran sebanyak 867 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM 2,167.50 dan kenderaan sebanyak RM 40,000.00
Seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun merupakan pemandu berkenaan dan pemeriksaan lanjut beliau telah gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barang kawalan dimiliki tersebut telah ditangkap bagi siasatan lanjut.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan disempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa bagi memastikan serta mencegah ketirisan barang kawalan ini dapat dibanteras.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …