MTMD KELANTAN: DUA KERTAS PERTIMBANGAN DILULUSKAN

 

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bilangan 2 Tahun 2022 Negeri Kelantan meluluskan dua kertas pertimbangan iaitu Hala Tuju Dalam Membanteras Gejala Dadah dan Bahan serta Perlaksanaan Program Berfokus dalam menangani isu berkaitan pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah di negeri berkenaan.
Kelulusan itu bagi memastikan usaha merawat pulih dan mencegah penagihan dadah yang dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sekali gus mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Haji Ahmad Yakob diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausha Kerajaan Negeri Kelantan Kota Bharu, hari ini.
Selain dua kertas pertimbangan tersebut, MTMD Kelantan turut membincangkan isu penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial selain mencapai keputusan melibatkan beberapa cadangan.
Dalam pada itu, sebanyak dua kertas laporan turut dibentangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …