1700 MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA DALAM OPERASI MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

KOTA BHARU 30 September : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama Batalion 9 Pasukan Gerakan AM pada semalam.
Operasi diadakan bermula jam 3.00 pagi bagi rondaan mencegah ketirisan barang kawalan pada pagi semalam di sekitar Rantau Panjang, Kelantan.
Maklumat risikan telah mengesan dua buah kenderaan yang mencurigakan sedang menuju ke pengkalan haram sekitar Rantau Panjang, Kelantan.
Rampasan telah dibuat pada jam 6.00 pagi setelah berjaya menahan dua buah kenderaan Proton Waja dan Perodua Viva berpendaftaran Malaysia disyaki membawa 1700 kilogram minyak masak bersubsidi di Taman Permai Lubok Jong, Rantau Panjang, Kelantan.
Walaubagaimanapun, dalam tindakan ini saspek berjaya melarikan diri semasa serbuan dijalankan dan meninggalkan kenderaannya setelah menyedari kenderaannya diekori pasukan operasi.
Tindakan dihasilkan semasa menjalankan aktiviti pencegahan ketirisan barang kawalan di sempadan negara dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Nilai rampasan 1700 minyak minyak masak bersubsidi dianggarkan sebanyak RM 4250.00 dan dua buah kenderaan sebanyak RM 23,000.00
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas akan diambil KPDNHEP selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …