ELAK RIADAH AIR KETIKA CUACA TIDAK MENENTU

Susulan keadaan cuaca tidak menentu terutama ketika fasa peralihan monsun timur laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menasihatkan orang ramai supaya mengelak melakukan aktiviti riadah air.

Jumlah hujan yang banyak pada waktu ini berpotensi berlakunya banjir, banjir kilat serta kepala air di kawasan rekreasi di negeri ini adalah sangat tinggi.

Sebelum ini, JBPM Kedah dilaporkan memberi fokus di 39 ‘hot spot’ kawasan peranginan di negeri ini ketika fasa peralihan MTL.

Kawasan itu di Kubang Pasu (2), Guar Chempedak (3), Kulim (4), Padang Terap (2), Langkawi (4), Pendang (1), Bandar Baharu (1), Kuala Muda (3), Sik (5), Yan (3) dan 11 kawasan di Baling.

Sumber: Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/887850/elak-riadah-air-ketika-cuaca-tidak-menentu-metrotv

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …