JIWA MURNI BERSAMA KOMUNITI BANDAR BARU AYER ITAM DAN ANAK-ANAK TAHFIZ MADRASAH DARUL ULUM AL-HASHIMIYYAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Program Jiwa Murni bersama Komuniti Bandar Baru Ayer Itam dan anak-anak tahfiz Madrasah Darul Ulum Al- Hashimiyyah pada 28 September 2022 di Masjid Bandar Baru Ayer Itam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Di antara objektif pelaksanan program tersebut adalah seperti berikut:

  1. Berkongsi peranan dan tanggungjawab sosial terhadap golongan B40 yang memerlukan bantuan dan perhatian masyarakat sekeliling. Mereka adalah kumpulan yang terjejas akibat daripada penularan COVID-19 yang masih berlarutan;
  2. Ia dapat membentuk individu yang berkualiti, prihatin, memupuk nilai kasih sayang  di antara masyarakat setempat ;
  3. Memperkukuhkan kerjasama strategik di antara agensi kerajaan dengan NGO tempatan; dan
  4. Menerapkan Nilai Teras Keselamatan Negara menerusi Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 yang mencakupi aspek   kesepaduan nasional dan keadilan sosial

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …