DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Polis Barat Daya yang terdiri daripada (2) AMANITA dan (2) URB telah mengadakan rondaan di kawasan perumahan, premis perniagaan dan kawasan tumpuan orang ramai di kawasan pentadbiran Balai Polis Queensbay.
Program ini bertujuan untuk menerangkan konsep dan peranan AMANITA terutama kepada golongan wanita. Diingatkan juga bahawa gandingan dari pelbagai pihak dapat menjalinkan kerjasama dan permuafakatan bagi menjayakan sesuatu program PDRM terutamanya dalam pencegahan jenayah.


Selain itu, anggota turut memperkenalkan dan menerangkan satu aplikasi baru iaitu Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang perlu dimuat turun dari aplikasi Playstore. Sistem ini memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan dengan cepat.
Sumber : IPD Barat Daya