JALAN HADAPAN MBMB/MELAKA MALL DITUTUP SEMENTARA PADA AHAD

PENGKALAN BATU – Laluan ke Pusat Bandaraya di Lebuh Ayer Keroh berhadapan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan ditutup sementara pada Ahad (2 Oktober) ini.

Penutupan itu bagi menjayakan Program Bandaraya Melaka Berselawat sempena Sambutan Maulidur Rasul 2022M/1444H.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Zaidi Attan berkata, penutupan jalan dari persimpangan Simpang Empat Gong – Simpang Tiga Melaka Mall, (hadapan MBMB/Melaka Mall) bermula jam 6 petang hingga 1 pagi.

“Penutupan ini sudah mendapat kebenaran Jawatankuasa Lalulintas Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan aliran trafik itu kita akan alihkan ke laluan baharu sementara.

“Laluan itu akan dilencongkan ke belakang Melaka Mall. Pengguna dari Tol Ayer Keroh juga boleh melalui Bukit Beruang untuk ke Pusat Bandaraya,” katanya.

Menurut beliau, jangkaan pengunjung yang hadir dijangka antara 5,000 hingga 6,000 pada malam itu.

“Kita akan tengok jumlah kehadiran pengunjung kalau tidak sampai ke tengah jalan, sebahagian laluan akan dibuka dan akan dikawal trafik daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …